Friday, November 16, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Sumber Pakcik Googles

Hari ni merupakan hari segala penghulu hari iaitu JUMAAT. Hari jumaat juga merupakan hari yg disunatkan kita perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dimana segala selawat kita takkan dihijab dan dihantar terus kepada Rasulullah s.a.w. Selain tu juga, hari ni adalah permulaan bagi Tahun Baru dalam kalendar Islam. Alhamdulillah masih diberi ruang mengecapi nikmat yg Allah s.w.t kurniakan. Tahun ni umi dan keluarga berdoa agar kehidupan kita diberi cahaya warid iaitu datangnya petunjuk dari Allah yg sentiasa mengasihi hambaNya dengan nikmat2 yg kita sendiri x terhitung. Bak kata ustaz Azhar Idrus, kalau nak hitung nikmat Allah tu...kalkulator pun boleh rosak hehehe.
 
Oleh itu, azam umi kali ni berubah skit dr azam2 sebelum nya yg x sudah2 nak kurus lah...nak berhenti dr shopping lah....so tahun ni azam yg terbesar umi nak buat demi keluarga kita, adalah azam menjadi Muslimat Sejati yg sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t segala perbuatan dan perlakuan, menjadi hamba yg tawadu', menjadi isteri yg solehah, menjadi ibu yg mithali yg membahagiakan keluarga kita. Umi percaya dengan niat yg baik Allah sentiasa memandang dan mendengar permohonan kita Insyaallah. Walau perubahan itu tidak besar tetapi biarlah ianya istiqamah dan sentiasa bertambah perubahan itu. Bak kata ustaz Pahrul Joi, kalau nak tunggu ikhlas baru nak berubah, sampai bila takkan berubah, tetapi biarlah kita berubah dahulu dan akan dtgnya keikhlasan.
 
Mudah2 an ditahun baru ini kita semua menjadi satu keluarga yg lebih terarah kepada Maha Pencipta...aminnn
 
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan mencontohi jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w sama ada permulaan, pengkahiran, lahir batin, perkataan, perbuatan, ibadah dan amal yang soleh.

No comments: