Saturday, March 5, 2011

Ujian atau dugaan?

Hari ni umi nak cerita sikit pasal teman baik...rakan baik...kawan baik...apa2 je lah istilah nya. Umi jugak ramai kawan yg baik, teman yg baik apa2 pun lah....dan br berlaku smlm....teman baik umi ditimpa masalah....dia ni seorang bisnesman...seorang yg sentiasa berpandangan jauh dan sgt berjaya. Dia juga seorang yg banyak membantu umi dan kawan2 umi bila dalam kesusahan. Seorang yg tak pernah kedekut dgn duit....dgn cerita2 dia...dgn senyuman. Tapi org kata setiap org yg nak berjaya bukanlah mudah....

Smlm beliau menghubungi umi memaklumkan beliau ditimpa masalah yg boleh dikatakan besar pd umi....sbb kalau lah umi agaknya berada ditempat dia ntahlahhhhhhhh......sbb ianya melibatkan duit yg besar. Bukan dikatakan kerugian tetapi boleh diistilahkan sebagai "UJIAN" dari Allah. Sebab tu org selalu ckp kalau MELAYU meniaga sesama MELAYU lebih byk hasad dengki nya berbanding dengan bangsa lain...betul tak?
Umi nak membantu pun sekadar yg termampu sokongan moral barangkali dan sentiasa mendoakan yang terbaik kepada teman baik umi...mungkin itu yg termampu umi buat. Cerita ni belum umi sampaikan kepada mana2 kawan baik umi yg mengenali beliau....sbb kesempatan masa dan kesesuaian waktu. Apa pun kalau dia terbaca apa yg umi tuliskan ni harap beliau bersabar dan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Setiap umat yg disayangi oleh Nya....sentiasa diberi ujian dan dugaan....dan setiap kejayaan yg ingin ditempuhi pastinya byk onak duri yg mesti dilalui. Takde org yg berjaya dgn semudah ABC....apa pun umi harap beliau bertindak lebih profesional dengan kejadian ni dan jadikan iktibar terhadap apa yg telah berlaku....mudah2an ada sinar dan kejayaan sentiasa di hadapan beliau. Aminnnnn

No comments: