Thursday, March 31, 2011

Korang pernah tak ada hati nak lari rumah?

Nak ty lah kat korg....dulu2 masa kecik2 eh remaja korg pernah x terpikir nak lari dari rumah?. Umi kan pernah gak espc masa atok dan mak tok marah....tapi kan tak pernah ada CUBAAN pun atau x pernah berlaku pun. Kenapa ye? takut, tak berani, nanti dah lari sapa nak bg duit nak makan, nak lari rumah kawan kang kena marah dgn mak kawan2 tu, nanti nak duk mana, nanti nak tido mana....macam2 lah fikir. Sampai satu tahap fikir....GILA apa nak lari dari rumah.




Tapi kan....berbeza sgt dgn remaja2 zaman skarg ni.....rasanya bab2 LARI dan MELARIKAN diri ni command sgt. Tak heran pun.......umi cerita ni bukan apa...nak amik iktibar sbb umi ada anak...dan anak tu bakal membesar....jadi remaja jugak satu hari nanti. Kes semalam yg berlaku kat opis ni (ni bukan kes pertama tp saja nak cerita sbb tak tau nak ckp...geram nyampah semua ada). 3 orang remaja lari dari rumah....2 orang tu adik beradik 1 orang lagi kawan. Yg adiknya terpengaruh dgn kakak nya. Dalam masa yg sama, kawan dia tu ada affair (ala lesbian lah sng cerita) dgn dia. Ya allahhhhhhhhhhhhh...apa lah nak jd dgn remaja sekrg. Nauuzubillah berlaku dlm keluarga2 kita.




Credit pakcik google






Bila dah kena tangkap sbb bawah umur, mulalah cari jabatan kitaorg nak dptkan perlindungan. Nak je umi hempuk2 dulu br htr ke institusi. Geram dan diaorg ni sgtlah pandai. Bila ditanya kenapa lari? Diaorg nya jawapan...."mak tak bg duit belanja"..."ayah suka pukul"..."takde kebebasan"....."malas nak g sekolah". Ya allah jawapan yg boleh dijawab dengan pelempang. Yg takleh tahan diaorg nak caj mak dan ayah mendera. Ni lah budak zaman sekarang...dan dah pandai guna kan Talian Nur untuk kepentingan diaorg konon2 kena dera lah.






Masa zaman umi dulu agaknya kalau lah umi buat aduan kat Talian Nur mau mak tok dan atok dah nak masuk penjara dah. Mana taknya...kalau setakat kena pukul kena kurung dlm jamban tu no hal lahhhhhh.....cuma belum kena sepak terajang je. Tapi umi tak pernah terfikir nak lari ke...nak buat2 aduan ke...maybe masa tu sumber terhad kot. Tapi ye lah umi fikir balik tu semua pengajaran sbb dulu pun umi cam nakal lah gak hahahahahaha. Ada sekali tu konon2 VERANGAN nak PONTENG sekolah...ha last2 atok kejar umi dgn getah paip...uuuuwaaaaaaaa....pegi gak sekolah. Uiiishhh kalau fikir macam2. Now, alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhh.....walau pun nakal2 skit dulu tapi membesar (bdn takyah ckplah mmg besar hahahaah) menjadi MANUSIA gak lah.




Oleh itu, kita sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa haruslah mempersiapkan diri membimbing anak2 kita dan diri kita jugak. Takut rasanya nak suruh CINTA tu membesar dgn dunia penuh mencabar ni. Tapi takkan nak suh dia jd kecik je sepanjang hayat tu dah kira sakit hehehehehe....takpelah apa pun kita berdoa berusaha dan bertawakal mudah2an keluarga yg kita bina dijauhkan dari segala musibah. Aminnnn.


No comments: