Friday, March 25, 2011

Iktibar, Panduan Atau Persediaan?

Hari ni umi nak membebel skit....nak cerita psl iktibar2 yg boleh diambil dr kes smlm dan yg lepas2.....first ayat yg boleh umi ckp...kesian perempuan...uhukkk uhukk...tapi bila di tolak bahagi darab campur kita sendiri espc perempuan kena byk berusaha memajukan diri kita jgn mengharapkan lelaki saja.....(bukan kenyataan bias pd gender...tp inilah hakikat). Dunia skrg ni sgt2 mencabar. Kdg2 kita sebagai perempuan atau isteri kena lebih pandai berdikari dan sentiasa bersedia sbrg kemungkinan.....tak kiralah ada pelajaran ke atau tak tapi kalau kita seorang yg bercita2 dan ada daya usaha memandang ke depan rasanya tu bukan penghalang.




Kenapa umi ckp camtu....sbb smlm je umi dan team mengendalikan 2 kes dan yg paling sadis kes pertama. Kes kedua tu dah tindakan susulan je....tp still sadis gak sbnrnya...nanti umi ceritakan. Sebenarnya bukan setakat cerita kes2 smlm sblm2 ni pun dah boleh dijadikan panduan dan pengajaran tp hr ni terpanggil utk nak share jadikan panduan dan beberapa pandangan peribadi umi. Kalau elok boleh dijadikan panduan kalau tak terpulang pd penilaian masing2. Sbb kita semua ada cara tersendiri kan.....




Ok berbalik kes pertama smlm...masa umi dan team g ke rumah perempuan tu....umi sgt2 terkejut "rumah ke apa ni?" bygkan umi sampai tak lalu nak pijak kaki ke rumah perempuan tu sbb tersangatlah kotor.....ruang tamu hanya ada sofa buruk yg ntah kurun ke berapa, tv, langsir yg dah kusam dan karpet buruk tempat anak bermain. Anak perempuan tu berusia 5 tahun tapi tak tau berckp....hanya gelak menjerit dan memakai pampers bersaiz XL sdgkan pd usianya mcm tu byk benda kanak2 dah boleh lakukan. Sgtlah kesiannnnnnn sampai umi dan kwn2 tak berckp. Perempuan tu memakai bj tido yg kusam...tidak berbaju dalam dan seluar....hanya duduk di kerusi sofa memandang tv. Biliknya hanya terdapat katil dan tilam yg boleh dibuat tukun....almari yg dah lompong2 tanpa pakaian didalamnya....dan satu kipas buruk yg dah penuh dgn habuk2.

2 biliknya lagi suami perempuan tu kunci dari luar dan tak tau apa dlm bilik tersebut. Tandas takyah ckplah....ikhlas umi kata g je tandas awam lebih baik.


Umi terpikir, kalaulah manusia yg normal mcm kita boleh ke tinggal dlm keadaan mcm tu? espc suaminya.....dia dah tentu boleh sbb dah boleh dikategorikan psikatri. Mcm2 umi fikir...sbg suami yg normal umi rasa dah lama blahhh dah...mcm mana dgn keperluan2 lain sbg suami isteri (semua org faham kan) kalau dah sampai tahap mcm tu?....tp semua tu terjawab bila adik perempuan tu ceritakan...rupanya suami dah kahwin lain.....(tp kitaorg takleh dgr sblh pihak je....byk benda kita kena pertimbangkan...maybe salah perempuan? maybe salah lelaki? maybe dua2 salah). Takpe itu kita tinggalkan dulu.




Kes kedua, isteri ditinggalkan suami tanpa nafkah zahir tak tau ke mana. Isteri pulak tak pernah explore dunia luar tanpa suami. So bila suami buat hal...isteri tak tau nak buat apa....just call kami nak bunuh diri. Ya allahhhhhh singkatnya lah pemikiran. Macam mana dgn nasib anak2....dah tu isteri ditinggalkan dgn berbadan dua....due nya plak bulan depan ni. Aduhhhhhhhhh.....camne lah ye...kdg2 pening umi pk kan...ni lah akibatnya kalau hidup penuh dgn kebergantungan dgn suami.

div>


Apa yg leh umi simpulkan, kita sbg isteri atau suami biarlah masing2 ada aset sendiri dan tau membawa diri apabila susah atau dlm keadaan2 yg tak disangka. Umi teringat kwn umi dulu ada ckp "Aen ko jgn lah terlalu berdikari nanti suami ko sng2 lepas tgn". Dulu mungkin umi pk 5-6x ada kebenarannya...tapi skrg umi rasa benda tu dah tak relevan. Berdikari bukan bermakna nak suruh suami goyang kaki (tapi hakikatnya ada yg berlaku mcm tu)...tapi kita kena ada sifat tersebut at least demi masa depan anak2 kita (kalau ada anak). Tidaklah hidup ni kebergantungan sepenuhnya pada suami.....nak2 zaman skrg mcm2 perkara boleh berlaku. Entahlah.....apa pun kalau apa yg umi buat skrg pun adalah persediaan untuk masa depan jugak. Niat lah yg baik untuk membantu meringankan beban suami dan mudah2an perkara tersebut tidak terjadi pd diri umi atau sapa pun. Yelah sapa yg nak jd camtu kan.




Banyak sgt iktibar dan pengajaran yg umi perolehi bila menghadapi situasi2 mcm ni. Sampai kan pagi td dlm perjalanan ke opis umi memikirkan dan meletakkan kalaulah umi di tempat perempuan tu.....nauuzubillah.....so mulai skrg byk benda yg umi perlu buat dan persediaan2 untuk anak2 dan keluarga.......


No comments: