Friday, February 25, 2011

Tazkirah pagi jumaat

Untuk pengetahuan semua hari ni umi nak kongsi satu cerita yg boleh kita jdkan iktibar. Setiap jumaat ofis umi akan adakan sesi tazkirah dan pengucapan awam (ni nak melatih pegawai2 kita berckp di hadapan org ramai). So kebetulan pagi ni sahabat umi share kan cerita ni didengar dari radio aifm iaitu radio dalam bahasa mandarin. Cerita dia sgt tersentuh dan boleh kita jadikan panduan. Insyaallah.


Perkongsian yang didengari beliau dpd radio tersebut menyampaikan mengenai kisah 2 org warga tua yang tinggal di hospital.
...
Orang tua A selalu bercerita kpd orang tua B yang berada di bilik berhadapan dengannya tentang keindahan pemandangan dpd bilik A. Orang tua B tidak boleh bangun dan berjalan.

Setiap hari orang tua A menceritakan mengenai lautan yang indah, matahari yang terang, udara yang nyaman. Pemandangan itu hanya boleh dilihat dpd bilik orang tua A. Hari berganti hari sehingga orang tua B mampu menggerakkan kakinya dan mulai bertatih berjalan.

Pada suatu hari orang tua A tidak dapat bercerita kepada orang tua B.Lalu B bertanya kpd Jururawat disitu, mana perginya orang tua A. Beliau dimaklumkan bahawa orang tua A telah meninggal dunia.

Orang tua B meminta jururawat utk memindahkan dirinya ke bilik orang tua A kerana keindahan yang boleh dilihat dpd bilik orang tua A. Orang tua B terkejut apabila jururawat memaklumkan bahawa bilik tersebut tertutup dan tiada pandangan seperti yang digambarkannya.

Pelajaran dpd cerita ni: sebagai manusia,kita perlu sentiasa berbuat kebaikan, memberi kemudahan kpd manusia lain yang lebih memerlukan walaupun tidak diminta. Macam tu juga dalam kehidupan seharian kita kena sentiasa berfikiran positif (mcm orang tua A) walaupun hakikatnya dia tak nampak pun pemandangan2 yg dia ceritakan kepada orang tua B.. ALLAHU ALLAH...siapa sangka...See more

No comments: