Wednesday, September 16, 2009

Beruntungnya aku...

Semalam 15hb Sept 09 umi dan AJK2 PUSPANITA NRE mengadakan lawatan ke rumah anak2 yatim dan miskin di Klang. Dua buah rumah terpilih dlm lawatan kitaorg tu...satu rumah PEYAKIN dan satu lagi Rumah Anak2 Yatim (nama penuh umi lupa) yang pastinya rumah tu belakang masjid kubah hijau tu...jln Sg Pinang Meru (betul ke erk?). Agenda nya ringkas je...kitaorg nak buat lawatan sambil hulurkan sumbangan pada mereka daripada warga NRE. Ikutkan umi tak nak pegi....tapi dah diajak2 ok gak lah kot. Bukan apa, dulu masa umi keja MAIS dah biasa pegi....tapi apa salahnya pegi lagi kan....sekurang2nya maybe ni pengalaman yang berbeza. Sebab dulu mmg slalu ada aktiviti dgn PEYAKIN tu....rumah satu lagi umah tak pernah pegi. Tu yg nak amik kesempatan gak....byk sgt perkara yg terkesan dalam hati umi. Nanti umi ceritakan.....


RUMAH PEYAKIN

Yang ni gbr bilik study diaorg....sorg satu meja



Ni pun sama....bilik study


Bilik mendobi...baju2 semua diaorg kena uruskan sendiri


Tempat gosok baju


Ampaian kain diaorg


Bilik diaorg....nak kata kemas pun idak lah sangat...maklumlah budak2...yg duk sini dari umur 11-17 tahun....


Gbr masa masuk ke kawasan asrama diaorg. Kat PEYAKIN ni lebih kepada konsep asrama dan dah agak moden. Diaorg ni pun dah ada penyumbang tetap, perseorangan dan lain2. So far oklah...sbb banyak kemudahan yg boleh kita tengok. Penghuni kat rumah ni pun lebih dididik dengan cara di asrama...masa pegi sini hati biasa2 je...takdelah terkesan sgt...


Gambar ni masa nak balik....Datin Shariah tgh berikan sumbangan yang disumbangkan oleh warga NRE kepada staff situ.... kitaorg ada gak bergambar ramai2....tapi kat camera Pn Marsineh tu ha....heheheh...
RUMAH ANAK-ANAK YATIM (full name tak taulah...aduhai)


Ha perempuan yang baju merah tu...Ibu yang menjaga rumah ni. Masa dia tengah ceritakan macama mana asal usul rumah ni umi betul2 terkesan...berlinang air mata. Nak tau kenapa?....masa ni umi rasa kecikkkkkkkkk je diri umi ni berbanding dengan dia...especially arwah ayah dia Hj Siraj. Macamana bermula dengan takde dana lansung hanya berbekal dgn tanah sendiri yg sedia ada....arwah sanggup menjaga anak2 yatim dan miskin yang memerlukan perlindungan. Sampai sekarang kiranya 6 generasi dah. Arwah wakfkan dan wasiatkan supaya meneruskan usaha beliau. Yang buat umi betul2 sedih sbb apa tau....ya allah terangnya kubur arwah tu dengan usaha dia....kita skrg selalu dgr kebanyakan org atau ibu bapa yang ada tanah bila meninggal waris sibuk berebut. Rasa begitu kecikkkkk sgt amal yg umi dah buat selama ni...kdg2 terpikir....apa lah bekalan yg umi nak bagi kalau kedua org tua umi dah takde?.....kagum sgt dgn keluarga arwah ni....sebab Ibu ni ckp...dia ingat pesan arwah "ingat jgn sekali meminta2, jgn sesekali tutup tempat ni walau ada 10 orang je...dan ingat ANAK-ANAK ITU REZEKI DARI ALLAH...Allah akan beri kita jalan sekiranya kita ikhlas". Ya allah tersentak umi dgn cerita ibu ni....takleh nak umi ckp camne....mmg bergenang2 air mata umi. Tu yg buat umi terkesima dengar cerita dia....tapi mmg ya...dia ckp dia tak pernah mohon sumbangan...dia guna hasil sedekah org ramai yg mmg dah tahu tempat tu...lepas tu paling umi tak leh lupa...masa kitaorg sampai ada baju2 berlonggok atas sofa tu....umi tengok ada org beri sumbangan dan plastiknya dari pasaraya HARI-HARI tu....korg tau kan. Ibu tu cakap budak2 tu dah tak sabar nak pakai masa raya nanti...sibuk ty bila nak dibagi2kan....terus umi bercakap dlm hati "Ya allah....anak aku pun tak pernah sekali umi belikan baju dari pasaraya tu....paling koman jenama ANAKKU....KIKO, KIKILALA, OSH KOSH...." rasa sungguh beruntung betul anak2 zaman sekarang...bila kenangkan nasib diaorg...mcm2 cerita kitaorg dgr. Penghuni tu bukan dari golongan yatim piatu je...ada yg ada mak bapak...tapi dah bercerai, masuk penjara....macam2 lah. Rasa beruntungggggggggggggg sgt umi dan anak umi si cinta bukan tergolong dlm situasi macam tu...tapi kalau tak bersyukur juga...entahlahhhhhhh. Ni yg betul2 terkesan kat hati umi betapa mewahnya kita....


Ini gbr arwah tu...pengasas rumah tu...Tuan Haji Siraj (sori gbr tertonggeng...entah nape, nak betulkan tak pandai)...hehehe


Ni gbr2 org kuat PUSPANITA NRE, hujung yang duduk tu Pn Marsineh (setiausaha), Datin Azlina isteri TKSUII, Datin Nora isteri KP JUPEM dan hujung sini Datin Shariah isteri KSU...ni semua tgh khusyuk lah ni dgr cerita ibu tu...


Gbr ni masa nak balik Datin berikan sumbangan peribadi...


Yang ni sumbangan dari warga NRE


Ni Datin Nur Aen...hahahahahha


Masa lawatan ke asrama puteri....diaorg nya konsep lebih kepada dorm...


Dalam lawatan ni pun ada student UiTM tengah kemas2 bilik diaorg...ni salah satu keja amal diaorg....dan student2 UiTM tu ada majlis berbuka skali mlm tu dengan penghuni2 sini.


Datin Nora tengah berborak dengan penghuni situ...rasanya budak2 tu dlm 9 tahun camtu lah...

Yang ni Datin Shariah berborak dengan penghuni situ...nama adik ni umi tak ty pulak....pastu yg kelakarnya masa kitaorg semua dah nak keluar dari asrama ni, sibuklah bergambar dengan penghuni2 sini. Datin siap ckp "ha meh2 bergbr dgn makcik....makcik nak tunjuk gbr ni kat anak makcik betapa senangnya diaorg berbanding sini..." senyum umi dgr...betul gak...bak kata atok lah cinta "korg ni beruntung lahir2 semua dah ada....tak susah mcm abah dulu"
Ni lah hasil lawatan umi semalam...rasa tak rugi betul umi pegi. Baru terasa beruntungnya kita sekarang dan bersyukurnya....kita rasa kita susah...tapi ada lagi yg susah...

1 comment:

BEKAL NIAGA ENTERPRISE said...

Bagus..tetapi sekarang banyak masaalah yang terjadi disana,terutamanya pengurusan dibawah pengetua lelaki yang tidak disenangi dan rasa ade yang tak kena disana.Sekiranya anda perihatin tolonglah jengukan.Terima Kasih.Mohamad Hanifah 012-5108869