Friday, August 21, 2009

Syukur, masih diberi kesempatan pada Ramadhan ini...


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Umatku telah dikurniakan dengan 5 perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut dari seseorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau harum kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".



Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu".



Pada bulan-bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan lain selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah bertanya : " Wahai pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Jawab Rasulullah : "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya".

No comments: