Thursday, July 17, 2008

Umi nak share ilmu...

Emmm...2 hari ni takde citer menarik sgt...sbb umi kena g kursus. "Kursus Penyelesaian Masalah Secara Kreatif Di Tempat Kerja". Kursus ni so far mmg interesting pd umi...sbb penceramah byk guna method psikologi....dan contoh2nya pun lebih pd psikologi. Selain tu bukan contoh2 di tempat kerja je...penceramah byk mengaitkan dgn kehidupan seharian sbg ibu dan bapa kepada anak...hehehhe bidang umi lah ni...Apa yg penceramah tu sampaikan sbnrnya byk yg dah umi tau...tapi sbg manusia...ingat mengingati tu lebih baik dari membiarkan saja tanpa mengulangkaji kan? So ni antaranya yang umi nak share:-

  • Kalau kita sbg ibu dan bapa jgn marahkan anak disebabkan nombor yang anak dapat dalam peperiksaan banyak...ye lah bukan no. 1 ke 2 ke 3 ke...tapi apa ilmu yg anak pelajari dan dapat dr sekolah tu lebih penting. Sbb zaman sekarang nombor bukan lagi ukuran...yg menjadi ukuran sejauhmana peratus dan pencapaian anak2 dlm sekolah dan mata pelajaran....betul gak kan....sbb kalau dulu umi selalu kena marah ngan atok kalau no 10 ke atas...
  • Kalau dikaji cara sebenar kita didik anak dlm mata pelajaran...tak perlu menghantar ke tuisyen...sbb tuisyen hanya meransang IQ (Intellegent Quotient) anak2 tapi kdg2 tak mampu bina EQ (Emotional Quotient) anak2. Sdgkan dlm kajian ahli psikologi barat...IQ hanya menyumbang 20% sdgkan EQ menyumbang 2x ganda dr IQ. Maksudnya...perlu seiiring atr IQ dan EQ, agar anak2 lebih berperanan dlm kehidupan di masa akan dtg...bukan bergantung semata2 pd IQ. Disamping tu...penceramah tu kata....sbg ibubapa...kita boleh membatu dgn menyemak dan belajar bersama anak2 bukan mengharapkan tuisyen dan sekolah 100%. Kebanyakan org yg berjaya mereka lebih kepada EQ bukan semata2 IQ terutamanya apabila dah bekerja. Skrg ni ada konsep SQ (Spiritual Quotient), iaitu kita perlu dekatkan diri dgn Allah sbg umat Islam....bila digabungkan ketiga2 ni...insyaallah berjayalah dunia dan akhirat. Kalau kita tgk cth kes Sofia...dia mmg hebat dr segi IQ tapi oleh kerana tak diterapkan konsep EQ dan SQ....tgk keadaan dia mcm mana skrg?....mmg sedih....
  • Lagi satu yg umi suka penceramah tu ckp....bila kita dah duduk bersama anak2 kita belajar...sebagai ibubapa kita bukan marah kalau anak buat salah...sebaliknya kita ty..."Zahirah...kenapa yg lain cikgu tanda kan betul yg ini cikgu tandakan salah?". Kalau anak jawab "Tak tau"...kita boleh ty semula "Kenapa boleh tak tau...kan Zahirah yg belajar?"...lama kelamaan anak2 akan faham kehendak ibubapanya dan berusaha untuk tidak membuat kesalahan. Konsep ni mmg memerlukan masa....tapi bila dah hari2 kita terapkan...insyaallah lama2 mesti anak2 faham dan anak2 pula akan dtg sendiri tunjukkan pd ibubapa apa yg dia dah buat masa di sekolah...yg penting kita sbg ibubapa mesti jadi PENDENGAR yg baik....
  • Selain tu...kalau pensel anak2 tumpul...slalunya ibubapa akan marahkan?...so apa kata kita tukar konsep marah kepada membimbing contohnya "Kenapa pensel byk2 ni boleh tumpul?"..."Kan lebih baik tajamkan semua...sbb kalau pensel ni tajam kita senang nak menulis dan bermakna kita kena tajamkan kalau nak belajar dengan pandai". Ayat ni lebih kepada kita sbnrnya nak menegur...tetapi dlm cara yg berhemah sambil memberi nasihat...

Banyak lagi yg umi nak share kat sini sbnrnya....tapi takyahlah byk2...lenkali kalau umi dpt ilmu lagi insyaallah boleh share....kadang2 umi tertanya2 boleh ke nanti umi terapkan apa yg dah umi pelajari untuk anak umi nanti bila dah besar.....insyaallah umi akan cuba...sbb sumer ibubapa nak kan anak yg terbaik kan?...

No comments: