Friday, November 26, 2010

Apa benda lah yg ada erk? berat sgt

Saja umi nak tyg apa lah dlm beg umi yg berat giler ni...kdg2 nak patah lengan bwk beg ni....beg umi so far takdelah versi comel lote ok...semua versi besar gajah...kenapa? ha jom tgk apa ke heyyyy nya berat n besor2 benor...


Opsss oleh kerana terover khazanah umi...umi telah pakai wrislet coach sahaja berbanding purse. Bukan ada duit pun...kdg2 4-5 hengget je dlm tu....gaya je lebih...duit yilek....so ni atr yg memberatkan handbag umi...issshhhh patutlah

Lorrr suar jeans sapa plak ni dlm handbag umi...heppppp bukan suar ok...ni adalah bekas alat make up umi (poyo je ayat mcmlah make up benor)....ala bukan ada apa pun...meh tgk bwh
V
v
v
v
v
v
v
v
v


Hahahahah org tgk pun gelak...bedak murahan...lipshine...celak...yg bulat tu cermin...lipstik yg dah tak bertutup...sapa buattttttttttttt...cintaaaaaaaaaaa!!!!!!!...tlh hilangkan...geram betul umi...pastu pen...hahahaha. pen kena ada mana2 dlm beg2 kecik tu coz cinta kalau g kedai mkn ke nak bg dia leka kena ada pen dan kertas...maklumlah nak sign cek...

Beg satu lagi ni....ada cable2 telefon, GPS, camera, ubat2an, pen dan pendrive ada 3 kooooo....fuhhhh mcm pegawai atasan.....hahahahah....ya allah beg dlm beg je dah 3


Hp ada 2...dan 2 nombor...satu prepaid satu postpaid...harap je 2 tapi kdg2 org tepon haram umi dengar...kui kui kui...gaya je mcm bisneswoman sampai 2 bagai....satu tu spare

Ni wajib ada...mana lah tau nak lap apa2 ke...ha satu lagi tisu kering pun ada...tp masa nak snap dah hbs....so takyahlah ye. Tisu kering pun wajibbbbbbbbbbbbbb ada.....


Yg ni br masuk dlm senarai dlm handbag umi...sbb apa...sbb sejak keja kat JKM ni...kenalah peka dgn jalan2....buatnya pemandu takde nak htr ada gak alat yg leh tolong walau pun kdg2 tak dpt gak.....ni abah punya...umi rembat...tiang2 rumah dia umi tak bwk...malas...kalau bwk alamatnya kena pakai plastik sampah lah...sbb nak kan beg yg besar....ater dah penuh mcm2 kan hahahahahahha


Kesimpulannya...ni kedudukan dlm beg umi....tp tgk jenis beg gak...kalau beg yg byk poket dan ruang tu lain susunannya...hehehehehe
Eh ada lagi satu tertinggal.....ha gbr kat bwh ni....camera lahhhhhh...tu pun brg wajib ada...hehehehe

Benda wajib yg takleh tinggal satu lagi ialah...cameraaaaaaaa...ni lah camera yg umi beli hasil titik peluh pompuan bekerja hehehehehe....hasil OT lah maksudnya...dah lama dah...murah je sbb masa tu diaorg buat penghabisan stok konon2nya....hahahahaa....kalau ikut nafsu dan mafsu umi yg besar gajah ni...umi nak DSLR huhuhu...nak yg cam kat bwh ni. Tapi nak korek bijih mana erk nak beli....hahahahah nafsu...nafsu....tp series satu hr nanti umi akan rembat gak...sabar ye...tgh cari pitih.... mau riban ni... tp kot2 ada org nak buang tepi longkang silalah sedekah kat umi ye....hahahahah (keberangan yg sgt tak masuk akal)

Credit pada pakcik google ye

Thursday, November 25, 2010

Sarapan oh sarapan

Pagi ni umi tukar menu skit dari kebiasaan. Sejak pindah opis baru ni umi punya rutin makanan ya allahhhhh...sarapan je mesti nasi goreng + kerang atau nasi lemak + kerang atau roti canai atau nasi kerabu + ayam goreng. Aduhaiiiiiiiiiiii manalah bdn tak naik semacam. Lg pun sgt2 tak sihat2 sbnrnya...(cewahhhh konon sblm2 ni belasah je pun). So rasa2 nya lepas ni nak bwk bekal camni je lah...(konon!!...hehehe)
Bahan2 dlm roti ni umi tiru ala2 Subway punya konon2nya, cuma roti je lain. Roti subway tu roti itali lah perancis lah tp yg umi dan abah beli ni roti giant je hehehe. Pastu umi letak tomato biji, salad, bawang besar, mayonis, cheesedale, chicken ham blackpepper+ sandwich chicken cheese (2 benda ni leh beli timbang kat giant atau kat bhgn2 ayam frozen, ada dlm plastik dibungkus2)...pastu bubuh sos cili sesedap rasa...nyummmmmm boleh mkn terus....kalau rajin lagi bakar skit dlm oven...ala kejap je mcm main masak2...kalau versi malas cam umi tak payah punnnnn still mabeles...ha bila nak mkn ternganga2 melantak...hehehe

Nak buat tayangan

Sebenarnya sekarang umi dah berpindah ke pejabat baru. Lebih selesa, lebih jauhhhhh, segala2nya lebih lah...huhuuhhu. Berbanding dulu aduhai sedih, sadis tapi dekatttttttt hehehhehe. Tapi takpelah sekali-sekala duk jauh sikit dari bandar yg sibuk nun di Subang kan...masa umi tulis ni dah hampir sebulan lah umi berkelana kat sini...cuma br sekarang nak tyg skit bilik umi yg sangat best...hehehe (kenalah ckp best nanti x seronok keja pulak...psiko ni). Nak kata dah hbs 100% deco mendeco belum lagi...tp so far oklah kang sarat2 sgt semak plak. Asalkan selesa sudahlah. Kalau nak cun2 kenalah panggil Eric ke...cehhh poyo je baiklah umi g cantikkan umah umi nun huhuhuhu.



Ni pandangan dari tempat duduk umi...so kiranya tepi laluan tu ada kabinet, rak2 borang dan buku rujukan




Pandangan dari pintu masuk. Actually bilik umi ni luas gak tp depan umi tu kosong je lah ruangnya. Kadang2 umi buat tempat solat


Pandangan dari pintu jugak...ha lupa nak cerita rak buku tu sbnrya dah nak lupus sbb dah buruksss giler tapi still kukuh takde goyang2. Umi rasa syg sgt sbb nanti leh lah letak buku2 rujukan umi. Apa lagi umi rembat lah bwk sini. Nak tunggu bajet jabatan yg baru belum tentu dan jgn berharap sgt hehehehe...umi deco skit tampal wallpaper corak kayu...bg upgrade skit nampak cantik. Wallpaper tu beli yg murah je kat kedai D.I.Y...segulung dptlah satu lemari tu tapi taklah penuh. Jadilah....nampak gak serinya walau ada berkeriot2 skit..maklumlah tgn tak berbedung...manalah umi ni kretip bab2 ni. Bab2 ni lah umi slalu dikutuksss oleh abah tau huhuhuhu....tapi xpelah nampak cun gakkk dr sblm ni comot kemain.

Ni je lah serba sedikit gbr bilik umi...kang tunjuk byk2 kang riak pulak. hahahaha ni pun dah untung sbb duk daerah cer umi duduk kementerian...jgn harapppppp dpt bilik camni..duk lah ceruk partition nun...hehehehe (hy yg keja gomen je memahami)

Wednesday, November 24, 2010

Gelagat cinta


Eeemmm...skrg cinta dah makin cerdik...geram umi...ada je jawapan dia...seronoknya dpt tgk cinta membesar...semoga menjadi anak yg solehah ye sayang...sekarang ni kan antara dialog2 yg selalu cinta ckp dgn abah dan umi


Bahasakan diri
Cinta : "Umi ukan...ukan...ukan cintalah...kakak lah"


Bangun Tidur
Cinta : "Umi kakak dah bangun...umi abah ana?..."
Umi : "Abah kat bawah"
Cinta : "Ukan...ukan...abah g kije"

Dalam Kereta
Cinta : "Umi nyanyi incy incy spiyer (maksudnya spider)"

Kalau Tanya Pasal Adik
Umi : "Kakak nak adik tak?"
Cinta : "Adik haziqah?"
Umi : "Bukan adik Haziqah....baby kakak"
Cinta : "Baby ye?...sapa?" (Cinta mcm blurrr...pastu nanti dia tunjuk perut umi pastu tepuk tgn mcm paham pulak...aduhai cinta...cinta...kdg2 cinta siap tunjuk perut cinta gak ckp ada baby...hahaha)

Kalau Abah Tengah Telefon
Cinta : "Abah sapa?"
(issshhh sibuknya anak umi ni...even kalau beli2 brg abahnya borak dgn tokei kedai pun cinta mesti ty lepas tu "abah sapa?")

Kalau Cinta Pakai Jam
Cinta : "Abah samalah...jam kita sama"
(Walaupun cinta pakai jam barbie ke...ben 10 ke tetap dia kata sama dgn jam abah dia)
Sebenarnya byk lg kalau umi nak senaraikan...hahaha letih dgn soalan2 cinta yg bertalu2 kdg2 lawak pun ada...hehehehe...takpelah ni tandanya cinta dah makin besarrrr dah makin bijak....

Friday, November 19, 2010

40 Minggu nan indah

Info ni umi dapat hasil blogwalking umi masa boring2. So umi dah mintak kebenaran tuan empunya kat http://laman-seri.blogspot.com just nak share info ni espc pd bakal2 ibu, umi, mami, mama apa sajalah...mesti ada satu perasaan yg susah nak digambarkan saat2 mengandung....betul tak?. Kesempatan ini umi rasa teruja nak tau perkembangan baby dan betapa luar biasa nya kuasa Allah terhadap hambaNya...masya Allah...


Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan
Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

3 weeks after conception
(5 weeks after the last menstrual period)
Actual size = 1/10 of an inch long (2 millimeters),
about the size of a "dash" (i.e., - ) printed on this page


Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.


Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

6 weeks after conception
(8 weeks after the last menstrual period)

Actual size = 1/2 to 5/8 inches long from crown to rump (15.88 millimeters),
about the size of a jelly bean

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

10 weeks after conception
(12 weeks after the last menstrual period)

Actual size = 2 1/2 inches long from crown to rump (63.5 millimeters),
about the size of a lime

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.


14 weeks after conception
(16 weeks after the last menstrual period)


Actual size = 4 3/4 inches long from crown to rump (120.7 millimeters),
equal to the width of a compact disc

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

18 weeks after conception
(20 weeks after the last menstrual period)

Actual size = 6 ½ inches long from crown to rump (165.1 millimeters),
about the length of a standard "Bic" pen


Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

22 weeks after conception
(24 weeks after the last menstrual period)

Actual size = 8 1/2 inches long from crown to rump (215.9 millimeters),
equal to the width of a standard piece of paper (letter-size)


Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.


26 weeks after conception
(28 weeks after the last menstrual period)

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

30 weeks after conception
(32 weeks after the last menstrual period)

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

4 weeks after conception
(36 weeks after the last menstrual period)

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

Allahu Akbar!!! Inilah hasilnya...

38 weeks after conception
(40 weeks after the last menstrual period)

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Aidil Adha 2010

Ni gbr org takde keja ni pagi2 raya. Masa ni nak sibuk2 g tgk org sembelih lembu. Tapi pakai ttp kena maintain vogue gitu. Maklumlah nama pun raya kan...hehehehe



Mak su dan cinta....ehehehee






Gambar umi n cinta.....hehehe sib baik tak nampak sgt peyutttt......maybe sbb corak baju hahaaha. Ha lupa nak citer bj ni umi beli masa perasmian jakel kui2...reganya jadi murah lah skit...dah lah buat bj kurung moden hehehehehe sib baik muat lagi. Kalau org lain kompom muat lagi...cuma umi ni versi istimewa plak kuang kuang kuang

Aquaria

Sebenarnya perancangan ni dah lama nak ke aquaria. Bukan apa kesian cinta tak pernah lagi pegi kalau takat tgk dlm tv fish2 tu dah slalu. So tgk mcm dia berminat umi dan abah bercdg nak bawak cinta....ikutkan umi ada keja kat kuantan tp last2 minit dibatalkan. Apa lagi...zuuppp terus g aquaria sbb takde apa2 prog. Hi-tea umi n the geng pun ditangguh so amik kesempatan g merayap. Masuknya leh tahan gak RM35...cinta free lagi...tapi ya allahhhhhh silap hari g...time org cuti sekolah...mak aiiiiiii sesak dlm tu...rimas weeeyyy. Oklah kat bwh ni byk gbr2 tp takyah lah jelaskan satu2....tgk jelah ye...hahahaha. Tapi nak bg tau...cinta kemain takut lalu kat bwh terowong tu, mana tak nya ikan besar2 melintas....bising dia...tp yg bagusnya nak duk dlm stroller je sbb takut hahahaha



Sib baik gbr tak berapa terang kalau x nampaklah kegumukansss umi skrg...hahahaha. Waktu ni setting camera silap so bila dlm gelap je dia jd blurr






My Anniversary 20102010

Ikut kan entry ni dah lama tp umi tak update je....skrg ni malas sgt...ni pun sbb memikirkan dah lama tersadai so umi gagah jugak unpdate. Takut bersawang. So gbr2 ni sempena anniversary umi dan abah yg ke 8 dan paling best tahun ni tarikhnya pun mantoppp 20102010.
Ok kita posing dulu


Ni lah rupa cupcake yg ditempah umi dari kawan umi kak izan kat www.izanmandcuppies.blogspot.com. Mmg best dan cantikkkkkk sgt hasil tgn aunty ni. Tqvm kak izan


Bergambar bertiga...muka cinta masa ni mcm x siap...hehehehe maklumlah br balik main kat rumah mama...mengayuh basikal agaknya



Konon2 bersuap hahahaha

Wednesday, October 27, 2010

Perpindahan Opis

Dalam awal bulan Nov kitaorg kenalah berpindah...maklumlah opis lama mmg dah uzur benor. Layak dirobohkan...dengan econ yg takdok, tempat pun terhad pendek kata serba serbi teruk lah....uuuwaaaa...tp yg best nya kat sini dekat dgn rumah...6km je...depan belakang kiri kanan shopping complex...tp bila pindah tempat baru? uuuwaaaaaa kampunggggg...takde apa2 huhuhuh. Apa pun layanlah gbr masa keja2 mengemas dulu.

En Man kemain posing dgn kotak2 nya tu


Ni geng yg dikerah duk dlm stor


Alamak ni gbr big bos yg comel tp blur lah pulak


Ni geng yg kena buat kotak hehehehe


Sama gak...maklumlah mak buyung ngeh ngeh

Mcm ni lah keadaan opis bila berkotak2 dah disusun tunggu nak diangkat je. Tapi tu nanti semua keja2 kontraktor.

Hantar kes ke Kuantan pulak

Actually gbr2 ni dah lama tp br nak update sbb nak buang sawang2 dlm blog ni hehehe...lama tak lama gak lah perkara ni berlaku bulan lepas masa eskot kes kanak2 ke kuantan. So layan gbr kitaorg dah htr kes tu g lah melantak sblm tidor...

Ikan bakar kat Tanjung Lumpur...selalu g kuantan dulu tp tak lepas2 nak ke sini...kali ni br bestttt dpt rasa


Lupa nak snap gbr masa tgh byk lauk...sedar2 dah licin



Pilot kitaorg masa kat sana


Ni pegawai kanak2...kak As



Sampai mencangkung tgk nenek tu buat Sata



Kat kereta pun jadilah posing...ni masa perjalanan balik keesokan hari...kat stesen minyak hehehe




Ok setakat ni umi dah g RKK cheras, kuantan, arau, kuala kangsar...lg mana erk ha satu lagi DBD Mersing ...situ je lah kot...so lain2 tempat sapa nak bawak nanti umi ikut lah lagi hehehehe


Thursday, October 21, 2010

Khabar Gembira

Lamanya umi dah tak update blog ni...kalau ada sawang dah bersawang. Dah boleh tumbuh lalang dah. Bukan takde cerita bukan takde idea...menimbun tapi kemalasan mengatasi segalanya. Dalam tempoh tu juga banyak perkara suka duka berlaku dlm hidup umi yg tak disangka2. Tapi tak payahlah nak cerita kan...huhuuu biarlah tersemat je dlm hati. Yang baik dijadikan amalan dan buruk kita jadikan panduan....alhamdulillah semua dengan berkat petunjuk dariNya umi boleh lalui dengan tenang.
Oooohhh lupa umi nak khabarkan berita gembira buat anak umi yg comel mcm jepun tu....tak lama lagi cinta akan dapat adik tau...so lepas ni jangan nakal2...mudah2an semua ni selamat berlalu sampai umi melahirkan...insyaallah...
Semalam juga tarikh keramat yg umi tak boleh lupakan...iaitu...ulang tahun perkahwinan abah dan umi...pada 20102010...fuhhh cantik nombor tu....kami celebrate biasa2 je...abah bwk umi makan luar...cinta tak ikut sbb mama jaga cinta. Nanti abah janji nak bwk cinta g aquaria ye...cinta pun dah besar sng skit dan lebih faham.
Ok lah nanti umi akan update perkembangan2 terbaru umi kat sini. Seronok nak start balik sbb kita bakal ada ahli baru. Dulu umi buat blog ni pun sbb nak cerita keseronokan cinta lahir ke dunia ni...

Friday, June 18, 2010

Lama tak jengah

Lama rasanya umi tak updated blog ni...berbulan gak erk...bukan takde cerita ada...tapi sibuknyaaaa lah...nak2 skrg kita dah duk rumah atok n mak tok. So lg lah malas....bukan takde laptop n internet bagai...komp pun ada...tapi bila kat opis byk keja...balik umah terus collapse...nanti lah umi akan update cerita pasal rumah baru kita ye...umi nak snap sblm n selepas kita ubahsuai rumah. Tapi sblm2 ni lansung umi tak snap...skrg progress dlm pembinaan je....apa2 pun nanti umi tepek....huhuhu

Monday, May 3, 2010

What to do?

Bulan 5 ni mcm2 benda nak kena setelkan...dahlah kemalasan dlm bulan ni berganda2 tak tau kenapa. Baru2 ni cuti hujung minggu mmg duk rumah je...sebab umi demammmm...demam urat satu bdn sakit2...nak nangis rasanya...umah, cinta, sarapan semua abah uruskan. Tqvm to abah...so dlm bulan ni:-
1. Kena g MPS untuk sign dokumen bagi kelulusan renovation rumah
2. Kemas barang untuk proses perpindahan
3. Dapatkan salinan surat akujanji (ntah apa namanya) dari maintanance opis utk kemasukan penyewa
**Settle down semua di atas sebelum 1.6.2010....sbb penyewa dah tunggu**
Tekanan betul sbb malas nak mengemas...dah bincang dgn abah semua brg2 kita tinggalkan kecuali baju2...dan sedikit brg keperluan. Lain2 beli je masa dah pindah nanti...ckp mcm duit berkepuk2...wakkakakaka...takpe nanti dah duk umah baru pakai je apa yg ada dulu...