Monday, December 26, 2011

EMPIRE




Setelah sekian lama bercuti jalan2 ke empire br2 ni abah bwk kita ke situ. Nak ke subang parade dah jemu... So offer abah t umi x lpskan peluang lah hehehehe. Fuhhh esoknya dah krismas so meriahnyaaaa dgn org yg ramai. Takde apa nak cerita sgt so layan gbr je lah.



Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 23, 2011

SALE oh SALE!!

Kenapalah kdg2 nafsu ni ssh nak dibendung ye...bila ada sale je mulalah muka umi muncul tp tgk tptlah.. Nak2 area shah alam eeemmm lajulah umi terjah. Ni hasil rembatan umi tp hat murah je lah hahahahah. Ada kasut sepasang ngan hb dah lah. Pastu coklat tu bonia kasi free gift bantal bucuk. Sbbnya umi byrkan skali kwn uminya so jd byklah amaunnya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 22, 2011

Tangguh SBPA

Fuhhh berita yg ditunggu2 penjawat awam. Byk sbbnya hy penjawat awam yg tau tp x yah lah umi ulas lebih lanjut. ....yg penting bernafas lega alhamdulillah. Buktinya tangguh rujuk http://www.utusan.com.my


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sesuatu yang baru

Baru2 ni umi ada berbincang dengan kawan2 DRA umi nak buatlah satu pembaharuan sedikit kepada lebih baik. Kalau dulu bila umi pergi kursus atau team building umi x kisah dgn baju t-shirt yg pendek atau pun pergi berjalan umi x kisah pun dgn baju2 yg menampakkan bontot. Sapa kata kalau pakai atau shirt yg labuh menutup punggung kita tak boleh bergaya?.




Jadi umi ada add www.x10derdahlya.com.my Sblm ni umi ada tgk kat suratkhabar....so mcm teruja sgt benda ni...at least bj2 lama x lah umi buang cuma kita panjangkan sedikit dr biasa. Pastu kat fb plak pihak x10d ni ada buat promo dgn warna terhad lah dgn harga yg sgt berbaloi dgn kadar 50%. Apa lagi umi grab 2 terus sbb kalau x dgn potongan ni umi hy dpt satu. Lagi satu tamak pun ye hahahaha.




Gbr atas tu lah hasil grab nya....dah sampai pun brgnya...alhamdulillah...warna yg umi amik baby pink n cream yellow...hitam xde...lgpun hitam dah byk sgt...ubah skit warna kebiasaan. Minggu depan ni ada prog Team Building boleh lah umi menggayakan nya.


Panduan Mendidik Anak-anak

Sejak jadi umi kepada 2 puteri ni dengan kerja yang agak jauh banyak menuntut kesabaran dan pengorbanan. Urusan rumah tangga lagi, kerja2 di opis lagi, melayan kerenah anak dan macam2 lah. Walau pun org kata anak br 2 dah merungut....apa tah lg yg anak 3, 4, 5 dan seterusnya. Tapi sebagai manusia biasa kdg2 kesabaran tu senipis kulit bawang. Kalau difikirkan dengan bidang tugas umi sepatutnya umi lebih boleh bersabar dan bertolak ansur. Tapi kita juga manusia biasa....


Kakak a.k.a Zahirah dah makin membesar dan mcm2 perangai dia nak tunjuk kat umi. Sekarang kalau umi nak mencuci pinggan atau buat keja2 rumah sibuklahhh nak menolong. Tapi bila umi nak cepat tau2 jelahhhh hilang sabarnya...hehehe. Ni umi br terbaca dari salah satu artikel Panduan Mendidik Anak-anak. So umi share kan kat sini utk tatapan umi dan kawan2 yg singgah sini.



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam


20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



Sedih umi baca artikel ni sebab kdg2 tanpa sedar byk umi lakukan kesilapan. Umi dah tau tapi bila sifat amarah tu ada dlm diri kita boleh lupa apa yg berlaku. So sapa2 nak baca artikel menarik boleh klik ke http://myibrah.com/panduan-mendidik-anak-mengikut-islam

GT 7.7



Entry ni saja utk syok sendiri hehehehe taknak baca tutup hocay....

Ini lah brg idaman umi selama ni (cewaaahhh) akhirnya tercapai gakkkkk.....utk penutup 2011 ni. Baru2 ni umi merembat GT 7.7 ni....alhamdulillah punyalah lama mengidam dr versi pertama tapi mcm2 halangan...maklum lah dlm masa yg sama kita br masuk rumah baru tau2 jelah mcm2 benda nak dibeli.....tamak lah katakan....dgn nafsu2 sampingan lagi hahahahaha


Tapi akhirnyaaaaa......alhamdulillah...gbr ni umi mtk pakcik google je mls nak snap2 gbr sbnr...sama je kekdahnya itu gak rupanya...hehehe So sekrg kerja2 dihujung jr je hahaha statement poyo...takyah ulas pjg lebar sbb kalau korg nak tau kelebihan bagai g jelah search kat samsung nun....

Sunday, December 18, 2011

Baju baru




Hari ni umi dah tukar bj br blackberry umi dr putih ke biru..cun skit kalau x yg putih tu dah berkeladak ahahahaha sib baik dulu dpt free kalau x syg gak sbb pakai x lama lagi bj putih tu....oklah xleh nak update sgt si kecik nangis


Jari jemari comey tu jari kakak heheheh masa umi snap gbr dia pun sibuk sama

Tuesday, December 13, 2011

Grand Lexis n Melaka

Baru2 ni kita sekeluarga pergi bercuti2 malaysia (cewaahhh ayat) sbb dah lamanya x g cuti2. Bosan dah...duk rumah pun sepah2 (sbb keja renovation in progress heheheh) so sekali sekala nak keluar dr rumah tenangkan fikiran sambil habiskan duit ahahahaha...kita pergi pada 9 - 11 dis 2011 yg lepas di Grand Lexis PD. Ramai yg ckp best sgt lah kat sini so umi try2 n error booking on line maklumlah cuti2 sekolah ni padatttt.....walaupun hotel mahal pun penuh...kiranya org malaysia ni kaya gak lah ek....


Ni antara pemandangan bilik nya lah....kita amik Deluxe Pool Villa (camtu lah kot namanya)...harga eeemm not bad leh tahan gak lah...gbr ni diambil masa kakak tgh mandi2....


Kemain berlagak ye kakak....mentang2 dah berani ada ke dia suh atok dia naik...jgn kacau dia...bgn2 terus terjun kolam....umi malas sbb nak membuta hahahaha...sejuk weyyy duk dlm selimut lg best sambil santai2 nama pun bercuti kan




Gbr ni pun diambil masa mak su, atok n kakak mandi2 tp mls nak amik gbr korg je hehehehe. Kedalaman kolam ni 4 kaki. Utk budak2 kena ada pelampung gak lah...kecuali dah pandai berenang sbb utk dewasa lebih kurg gbr pertama td paras pinggang



Oooo ni gbr bilik tp mls nak kemas apa kelassss duk hotel nak kemas suh je org dtg kemas tp sbb nak amik gbr lantoklah sepah2 pun....masa amik ni pg lagi...ha katil pun ada 2 king mmg selesa.....sapa yg ada keluarga besar boleh lah dtg n sumbat ramai2. Tapi sarapan tetap 2 org je hocayyy...



Haaa percutian kita bukan takat PD sbb PD tu dah sblh dgn melaka jom kita lajak skit ke melaka hehehehe....walaupun jauh gak lah tp ok aje...hehehehe gbr ni masa sibuk2 nak ke melaka lah ni dah nak t.hr dah hbs tu sibuk mandiiiii je hehehe



Perjalanan ke melaka sungguh memenatkan ya allahhhh jem nya jalan nak masuk bandar sbb tau2 jelah kuar tol ayer keroh berderet2 traffic light kena tempuh......kereta bykkkknyaaaaa....tp dah alang2 sampai tempuh lah jugak. Tapi kitaorg ikut jln dalam hehehee jln kat bangunan2 kerajaan tu jln apa ntah umi x tau tp kitaorg pernah duk kat area sana so tau gak lah. Ha ni gbr masa atas Taming Sari saja bwk mak tok n atok naik...abah pun belum pernah umi dah berkali2 sbb dulu slalu OST sana....



View dr atas


Ada lagi sbnrnya kitaorg naik boat tapi mana ntah gbr nya....yg byk amik mak su....nanti lah upload kemudian...last skali destinasi melaka kitaorg mkn kat umbai terapung ikan bakar....alhamdulillah dgn bantuan kawan umi Aunty Eida (dia duk melaka kan) so kitaorg pun sampai gak....mkn2 dah kenyang melantak terus balik PD...sampai dalm 10++ ok lah percutian singkat tp penuh aktiviti...alhamdulillah....sbb ni percutian keluarga....takde yg lebih mengembirakan melainkan bersama keluarga....


ZZ

Ni gambar ZZ hehehehe yg umi br nak tepek pdhal dah berzaman. ZZ tu Zahirah dan Zulaikha lah ye hehehehe...maklumlah kerajinan nak update br dtg. So ni gbr masa Zulaikha kecik dlm 2-3 bulan camtu lah rasanya....rambut pun x cukur lagi skrg mukanya dah berbeza sgt....hehehe



Tido lah kononnya




Dah bangun kakak pun nak posing sama


Buat muka




Opppsss dah nangis byk sgt gbr diambil dah mcm paparazi...ni br skit tepek pdhal byk lagi tp cukuplah kot...nanti umi tepek gbr br plak


Wednesday, December 7, 2011

Pengalaman Bersalin - Puteri ke 2

Kali ni umi mula update blog umi dgn pengalaman bersalin anak kedua secara normal....perghhhh jgn ckp sakit tu sakitlah heheheeh sbb dikira mcm anak pertama lah katakan dahlah baby besar huhuhuu....






Pada 19 Jun 2011



8.40 pagi umi dan abah ke hospital Putrajaya sbb tanda2 kesakitan dah lebih kerap. Tapi hampa sgt sampai di sana hosp penuhhhhh alamak nurse ckp "kami akan buat check up utk puan tapi lepas tu kami akan htr puan ke hosp Kajang" alamakkkkk kajang? adoiiii bygkan dahlah jln sana crowded. Malas nak pk ye kan je....






10.00 pagi dah check up dgn doc pakar (sbb kakak dulu c-zer) so, doc monitor gaklah...dahlah perut umi besar bagai johan hahahaha. Doc pun dua tiga kali scan kuikuikui...ada ke sorg doc tu leh ckp "eh puan besarnya perut ni betul ke ni" hahaha nak gelak pun ada tp sakitttt heheeheh tapi umi sempat jawab "doc ni tambahan2 perut sy punya lemak" huhuhuh mengaku je lah kannnn. Tapi oleh kerana bukaan pun dah 2cm doc cdgkan suh admit. Alhamdulillahhhhh org kata rezeki ada katil utk umi dan baby.....fuhhh abah pun lega






11.00 pagi - 8.00 mlm sakit dtg dan pergi check mcm biasa laluan masih 3cm yg terbuka. Umi punyalah berdoa nak gak rasa normal kononnya sabar je lahhhhh. Atok n mak tok dtg....kakak umi tgglkan di rumah mama. Bukan apa takut kakak nak tggu umi kat hosp plak hehehe. Abah dari pg x balik2 temankan...pastu sepupu umi dtg maksu dan paksu.






9.00 mlm nurse dtg suh ke bilik pemeriksaan. So doc check semula laluan masih camtu. Tapi doc kata nak pecahkan air ketuban....bila dah pecah doc masukkan ubat membuang air besar hehehe (ayat sopan skit). Bila dah masuk ubat tu mak aiiii apa lagi ke tandas lah...kelakar plak nurse kat luar pesan "puan jgn meneran ye" hahaha. Tak lama tu umi disorong ke labour room perghhh debaran pun muncul...dup dap dup dap.






9.50 mlm umi dah call abah suruh dtg sbb anytime akan bersalin atau dibersalinkan dlm erti kata lain normal atau czer. Sbb doc bg pilihan 6 jam saja utk bertahan kalau masih xde bukaan umi akan disorong ke OT Room. Ohhh tuhan tolonglah permudahkan....jam demi jam sakit dah takleh tahan...berguling2 umi....dlm ms yg sama mohon dipermudahkan secara normal. Tgk jammmm je umi dlm sakit2 siap kira dah berapa jam.






2.45 pagi 20 Jun 2011 ya allah sakitnyaaa dah rasa kebas segala2 umi pun suruh abah panggil nurse diaorg cek dah bukak 7cm....tapi nurse x bg umi meneran takut bengkak...tp serius umi dah tak boleh tahannnn....doc dtg je dia bukak laluan bg perbesarkan lagi...perghhh time tu dah x pk apa nak keluarkan je....doc sebut je pushhhhh umi pun sekuat tenaga gaklah hahahahahaha...bygkan 3.68kg uuuuwwwaaaa bb girl....besar tu...dlm 2.55 pagi camtu lah bb pun keluar dgn selamat alhamdulillahhhhhh.....merasa gak normal






3.05 pagi...hahahaah masa yg dinanti2 jahitan plak adoiiiii sakitttt lamanyaaaaaaa weeeyyyy byknyaaaaa......tau2 siapnya dlm kul 4.10 pg. Apa? lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaa.....sopan santun nurse tu hahaha. Lepas tu pheeewwww lega alhamdulillah






ok selebihnya dan gbr2 nanti umi tepek ye...ni karangan dulu hahaaha

Ya Allah kenapalah malas sangat...

Apa lah ke halnya ni malas betul umi nak update dah bersarang2 segala sarang dah muncul dlm blog ni ha....dulu janji kemain nak tyg adik kakak yg baru lah nak cerita pengalaman bersalin lah last2 hampehhhhhhhh. Ni gara2 malas lah ni sbb kat rumah dah takde TMnet. Yelah dah pindah ke rumah baru mmglah mls sungguh sbb guna "berukband" kannn agak lembab skit sbb amik yg paling murah nya pakej.


So, gbr yg dijanji2 cerita yg dijaja2 hampehhhh hahahahaha (gelak jahat). Ok lah umi nak buka lembaran baru sempena Tahun Baru Hijrah ni supaya rajin skitlah dr dulu hahahaha....

Nanti dah stabil dgn keja2 ni umi akan mula mengarang balik ye


p/s : Kepada manja yg menjaga anak umi si kakak kalau free n terbaca hubungi akak ye di nuraenabu@hotmail.com akak rinduuuuu sgt dah balik sini ke?